Program Intervensi Awal (AEIP)

APA ITU Program Intervensi Awal (AEIP)

Matlamat AEIP adalah untuk mempertingkatkan tahap perkembangan bahasa ,fizikal ,kognitif ,sosial dan kendiri .Fonologi bahasa adalah kebolehan melahirkan bunyi ,perkataan dan ayat .Unit asas bunyi di dalam suatu bahasa ialah satu fonem ,iaitu unit bunyi yang terkecil yang boleh memberi kesan pada makna .Morfologi unit-unit makna yang terlibat dalam pembentukkan perkataan .Sintaktis terlibat dengan cara bagaimana perkataan-perkataan di cantum membentuk frasa-frasa ayat yang boleh diterima .Semantik pula merujuk kepada makna perkataan dan ayat .Pramatik penggunaan bahasa dalam konteks yang berbeza-beza .Pelbagai aspek bahasa yang boleh dipertingkatkan di Ameera centre .Aspek fizikal pula akan menekankan kepada kawalan anggota ,dan badan kanak-kanak .Peringkat perkembangan ini sangat penting terutama dalam proses perkembangan .Perkembangan kognitif pula merupakan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir ,memberi pendapat ,memahami dan mengingati apa yang berlaku didalam persekiran .Perkembangan sosial melibatkan proses proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial .

Galleri

WhatsApp Image 2019-10-31 at 21.43.29 (1)
WhatsApp Image 2019-11-01 at 12.19.33

Previous
Next